Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas r.a., bapa saudara Nabi ﷺ dari Rasulullah ﷺ telah bersabda : “Aku
adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada
hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat
yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi
keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab
sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan
mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua
akan berkata:“Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah سبحانه وتعالى serta dibenarkan oleh para rasul.”
Ibnu Abbas r.a berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad ﷺ. MalaikatJibril a.s. akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Malaikat Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Malaikat Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”
Malaikat Jibril a.s. akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad ﷺ?”
Bumi akan berkata: “Sesungguhnya,
Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran,
tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu di mana kubur Muhammad ﷺ.”
Rasulullah ﷺ bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad ﷺ ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”
Malaikat Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan
yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika
Rasulullah ﷺ berdiri, Baginda ﷺ telah membuang tanah di atas kepala dan
janggut baginda ﷺ. Baginda ﷺ melihat kanan dan kiri. Baginda ﷺ dapati,
tiada lagi bangunan. Baginda ﷺ menangis sehingga mengalir air matanya
ke pipi.
Malaikat Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah سبحانه وتعالى di tempat yang luas.”
Baginda ﷺ bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”
Malaikat Jibril a.s. menjawab: “Wahai
Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari
kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah سبحانه وتعالى.”
Baginda ﷺ bersabda:“Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”
Malaikat Jibril as. berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda ﷺ bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda ﷺ bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”
Baginda ﷺ bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”
Malaikat Jibril a.s. berkata kepada baginda ﷺ : “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad ﷺ dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”
Malaikat Jibril a.s. datang bersama
Buraq ke arah Nabi Muhammad ﷺ . Buraq cuba meronta-ronta. Malaikat
Jibril as berkata kepadanya: “Wahai
Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta
oleh Allah سبحانه وتعالى? Sudahkah Allah سبحانه وتعالى perintahkan
kepadamu agar mentaatinya?”
Buraq berkata: “Aku
tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki
syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah سبحانه وتعالى akan
datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah
terjadi sebelum ini.”
Baginda ﷺ bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”
Setelah berpuas hati, Buraq
membenarkan baginda ﷺ menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan
Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad ﷺ berada di Baitul
Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai
tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput,
rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus!
Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar
laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.”
Roh-roh telah diletakkan di dalam
tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan
roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat.
Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air
yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah
tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh.
Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Wahai
Israfil! Tiup sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu
akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan
suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”
Malaikat Israfil a.s. menjerit: “Wahai
roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu.
Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”
Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”
Apabila roh-roh mendengar sumpah
Allah سبحانه وتعالى, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka.
Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan
mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing
melihat.
Nabi ﷺ duduk di padang pasir Baitul
Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang
berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad ﷺ merupakan satu umat
(kumpulan). Nabi ﷺ berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka
seperti gelombang lautan.
Malaikat Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah سبحانه وتعالى.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad ﷺ berjumpa satu umat, baginda ﷺ akan bertanya: “Di mana umatku?”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila nabi Isa a.s. datang, Jibril a.s. menyeru: “Tempatmu!” Maka Nabi Isa a.s. dan Jibril a.s. menangis.
Nabi Muhammad ﷺ berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”
Malaikat Jibril a.s. berkata:“Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad ﷺ menangis lalu bertanya:“Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad ﷺ!”
Apabila Nabi Muhammad ﷺ melihat
mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda ﷺ dengan
apa yang telah Allah سبحانه وتعالى muliakannya. Mereka gembira kerana
dapat bertemu dengan baginda ﷺ . Baginda ﷺ juga gembira terhadap
mereka.
Nabi Muhammad ﷺ bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”
Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad ﷺ bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah سبحانه وتعالى seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”
Allah سبحانه وتعالى berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad ﷺ?”
Malaikat Jibril a.s. berkata:“Mereka adalah sebaik umat.”
Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad ﷺ bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Malaikat Jibril a.s. kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata:“Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah سبحانه وتعالى.”
Nabi Muhammad ﷺ berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah سبحانه وتعالى.”
Orang-orang yang berdosa menangis
kerana terkejut dan takut akan azab Allah سبحانه وتعالى. Nabi Muhammad ﷺ
memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di
hadapan Allah سبحانه وتعالى.
Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Wahai
hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang
telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”
Hamba-hamba Allah سبحانه وتعالى terdiam.
Allah سبحانه وتعالى berfirman:“Hari
ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka
usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan,
Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril!
Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan
Jahanam!”
Malaikat Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah سبحانه وتعالى telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malaikat Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Malaikat Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malaikat Malik berkata:“Wahai Jibril! Adakah Allah سبحانه وتعالى telah mengumpulkan makhluk?”
Malaikat Jibril menjawab:“Ya!”
Malaikat Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Malaikat Jibril berkata:“Di hadapan Allah سبحانه وتعالى!”
Malaikat Malik bertanya lagi: “Bagaimana
mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam
apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang
lemah?”
Malaikat Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”
Malik menjerit ke arah neraka dengan
sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya.
Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api
dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan
bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).
Air mata sudah terhenti manakala air
mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut.
Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan
mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
.
.
Rasulullah ﷺ Membela Umatnya
.
Di Padang Mahsyar orang yang mula-mula
berusaha ialah Nabi Ibrahim a.s. Baginda bergantung dengan asap Arsy
yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan
Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada
hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.”
Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.”
Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu.
Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta
saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”
Nabi Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku…
Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan
diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad ﷺ menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku…. !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!”
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”
Neraka pula berseru: “Wahai
Tuhanku… Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya
dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku,
penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah.
Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”
Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud i hadapan Tuhannya.
Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah سبحانه وتعالى. Ia berhenti di hadapan Allah سبحانه وتعالى.
Allah سبحانه وتعالى berfirman kepadanya:“Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?”
Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?”
Allah سبحانه وتعالى berfirman:“Aku percaya!”
Allah سبحانه وتعالى telah menambahkan
cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan
dengan kepala makhluk.
Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh
manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak
kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut
mereka menjadi seperti jalan yang sempit.”
Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.
Nabi Muhammad ﷺ lebih-lebih lagi
sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda
ﷺ sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda ﷺ rukuk untuk memberi
syafaat bagi umatnya.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah سبحانه وتعالى ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.”
Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi ﷺ menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda ﷺ dapati, dia sedang menangis.”
Baginda ﷺ bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?”
Fatimah menjawab:“Aku teringat akan firman Allah سبحانه وتعالى.”
“Dan, kami akan menghimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.”
Lalu Nabi ﷺ pun menangis. Baginda ﷺ bersabda: “Wahai
permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu
dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan
perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas
belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.”
Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?”
Baginda ﷺ menjawab: “Wahai
Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung
nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar firman Allah سبحانه وتعالى,
“Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.” (Surah ‘Abasa, ayat 37)
Fatimah r.h. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”
Baginda ﷺ menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”
Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?”
Baginda ﷺ bersabda: “Kamu
akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan
menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan
menyambut: “Aamiin.”
Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah سبحانه وتعالى lalu berfirman: “Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.”
Setiap umat akan berkumpul dengan
sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan
tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang.
Apabila seruan dari tengah Arasy
kedengaran, maka manusia yang menyembah-Nya datang beriring. Sebahagian
daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad ﷺ!”
Allah سبحانه وتعالى berfirman kepada mereka, “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?”
Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.”
Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?”
Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.”
Apabila ahli neraka dimasukkan ke
dalamnya untuk diazab, umat Muhammad ﷺ mendengar bunyi pukulan dan
jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka
berkata:“Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad ﷺ!”
.
Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.
1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.
.
Mimbar para Nabi didirikan di atas
kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi
Muhammad ﷺ. Mimbar Nabi Muhammad ﷺ terletak berhampiran dengan tempat
berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan
cantik. Nabi Adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi ﷺ .
Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata:“Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad ﷺ serta cantik wajah mereka.”
Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?”
Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad ﷺ.
Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami
sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka
pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu
tolonglah kami agar memohon kepada Allah سبحانه وتعالى untuk menghisab
kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.”
Nabi Adam as berkata:“Pergilah
kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar
firman Allah سبحانه وتعالى: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana
lalai.”
Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as
yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka
menghampirinya. Apabila Nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.
Pengikut (umat Nabi Muhammad ﷺ ) berkata: “Wahai
datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat
memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke
syurga dan ahli neraka ke neraka.”
Nabi Nuh a.s. berkata:“Sesungguhnya,
aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku
dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim
kekasih Allah سبحانه وتعالى! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!”
Nabi Ibrahim a.s. berkata:“Sesungguhnya
aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam
Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa a.s.!
Mintalah pertolongan darinya!”
Nabi Musa a.s. berkata:“Aku
sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak.
Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui
batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku
terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh
lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa
Isa a.s.!”
Mereka pergi berjumpa Nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata:“Sesungguhnya
Allah سبحانه وتعالى telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah
mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah سبحانه وتعالى. Hari
ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.”
Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad ﷺ dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad ﷺ. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.”
Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad ﷺ Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad ﷺ. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah سبحانه وتعالى.”
Nabi Muhammad ﷺ menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah
kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku.
Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada
Allah سبحانه وتعالى untukmu!”
Umat Nabi Muhammad ﷺ berkumpul di sisinya.
Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!”
Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.”
Nabi Adam a.s. pergi menemui Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!”
Nabi Adam a.s. bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?”
Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.”
Allah سبحانه وتعالى berfirman lagi:“Wahai
Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan
pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan,
tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula
bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai
Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai
berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi,
bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu!
Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan
satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu
mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam
neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi
orang yang melampaui batas.”
Nabi Adam a.s. berkata: “Tuhanku!
Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu
adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”
.
.
والله أعلم بالصواب Wallahu A’lam Bish Shawab (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Bersungguh-sungguhlah
menjalankan syariat agama ini, karena dalam pelaksanaannya tidak saja
mendatangkan pahala di akhriat tetapi manfaat langsung di dunia
Makin sehat dengan shalat dan menahan amarah [ilustrasi
HARI ini masalah kesehatan menjadi momok
tersendiri bagi sebagian besar masyarakat. Pasalnya selain mahal,
beragam jenis penyakit kerap datang tanpa permisi. Apalagi yang
terlambat mendeteksi dini potensi stroke dalam diri.
Data Riset Kesehatan Dasar 2008, terdapat sekitar 1,7 juta penderita
stroke. Dan, 12 juta penduduk lainnya yang berusia di atas 35 tahun
berpotensi terserang stroke.
Menahan Amarah
Yang perlu digarisbawahi, selain stroke. Ada juga darah tinggi,
depresi, tidak semata-mata karena gaya hidup dan genetik, tetapi juga
kebiasaan diri yang tidak bisa menahan emosi, marah-marah terlebih jika
dilakukan secara berlebihan.
Kontribusi mental terhadap penyakit fisik cukup signifikan. Dengan
kata lain, apa yang diajarkan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam
sangat berdampak terhadap kesehatan raga. Lebih dari itu balasannya di
sisi Allah bagi Muslim yang mampu mengendalikan amarahnya sangatlah luar
biasa. “Barangsiapa yang dapat menahan amarahnya, sementara ia dapat
meluapkannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan segenap mahluk.
Setelah itu, Allah menyuruhnya memilih bidadari surga dan menikahkannya
dengan siapa yang ia kehendaki.” (HR Ahmad).
عَنْ سُلَـيْمَانَ بـْنِ صُرَدٍ رض قَالَ: اِسْتَبَّ رَجُلاَنِ عِنْدَ
النَّبِيِّ ص فَجَعَلَ اَحَدُهُمَا يَـغْضَبُ وَ يَحْمَرُّ وَ جْهُهُ. وَ
تَـنْتَـفِخُ اَوْدَاجُهُ فَـنَظَرَ اِلَـيْهِ النَّبِيُّ ص فَـقَالَ:
اِنــِّيْ َلاَعْلَمُ كَـلـِمَةً لَوْ قَالَـهَا لَذَهَبَ عَـنْهُ ذَا:
اَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجـِيْمِ. فَـقَالَ اِلَى
الـرَّجُلِ رَجُلٌ مِمَّنْ سَمِعَ النَّبِيَّ ص فَـقَالَ: هَلْ تَـدْرِى
مَا قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص آنـِفًا؟ قَالَ: لاَ. قَالَ اِنــِّيْ
َلاَعْلَمُ كَـلـِمَةً لَوْ قَالَـهَا لَذَهَبَ عَـنْهُ ذَا. اَعُوْذُ
بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الـرَّجـِيْمِ. فَـقَالَ لَهُ الـرَّجُلُ:
اَمَجْنُوْنًا تَـرَانــِيْ؟ البخارى و مسلم Dari Sulaiman bin Shurad RA, ia berkata : Ada dua orang saling
mencaci di sisi Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassallam. Lalu salah seorang
diantara keduanya menjadi marah, merah mukanya dan tegang urat lehernya.
Kemudian Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassallam melihat kepada orang itu dan
bersabda : “Sesungguhnya aku mengetahui suatu kalimat seandainya ia mau
mengucapkannya pastilah hilang marah itu darinya, kalimat itu ialah : A’uudzu billaahi minasy-syaithoonir rojiim
(Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk)”. Maka
berdirilah seorang laki-laki diantara orang-orang yang mendengar sabda
Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassallam tersebut menghampiri orang yang marah
itu dan berkata : “Tahukah kamu apa yang disabdakan oleh Rasulullah tadi
?” Orang yang marah itu menjawab : “Tidak”. (Orang yang mengingatkan
itu berkata) : Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassallam bersabda :
“Sesungguhnya aku mengetahui suatu kalimat seandainya ia mau
mengucapkannya pastilah hilang marah itu darinya. Kalimat itu ialah :
A’uudzu billaahi minasy-syaithoonir rojiim”. Orang yang marah itu
berkata : “Apakah engkau menganggap aku ini gila?.” [HR. Bukhari dan Muslim]
Dan, inilah yang diteladankan oleh Nabi Yusuf Alayhissalam kepada
saudara-saudaranya yang telah menyengsarakan beliau. Nabi Yusuf
memaafkan bahkan memohonkan ampunan kepada mereka yang telah berbuat
jahat, saat beliau bisa dengan leluasa menetapkan balasan berupa apapun
juga.
قَالَ لَا تَثۡرِيبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡيَوۡمَۖ يَغۡفِرُ ٱللَّهُ لَكُمۡۖ وَهُوَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٰحِمِينَ ٩٢ “Dia (Yusuf) berkata: “Pada hari ini tak ada cercaan terhadap
kamu, mudah-mudahan Allah mengampuni (kamu), dan Dia adalah Maha
Penyayang diantara para penyayang.” (QS. Yusuf [12]: 92).
Dengan kata lain, tindakan Nabi Yusuf tersebut secara ragawi bisa
dilihat manfaatnya justru di dunia modern, dimana sikap marah, apalagi
berlebihan ternyata tidak mendatangkan manfaat apapun barang secuil
saja. Untuk itu jauhi marah sebisa mungkin.
Kemudian, membaca Al-Qur’an
Sepintas membaca tidak berhubungan dengan kesehatan. Tetapi tidak
demikian jika Al-Qur’an yang dibaca, terutama jika dibaca dengan penuh
penghayatan. Membaca Al-Qur’an akan mendatangkan ketenangan batin,
bahkan terhindar dari pesimisme.
Ketika seseorang mengalami suatu kesulitan atau kejadian yang karena
itu dia tidak bisa mendapatkan apa yang diinginkan disertai kecewa yang
mendalam, lantas ia bersegera membaca Al-Qur’an, niscaya akan tenang
bathinnya dan stabil pemikirannya.
مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٖ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِيٓ أَنفُسِكُمۡ
إِلَّا فِي كِتَٰبٖ مِّن قَبۡلِ أَن نَّبۡرَأَهَآۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى
ٱللَّهِ يَسِيرٞ ٢٢ “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula)
pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul
Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu
adalah mudah bagi Allah.” (QS. Al-Hadid [57]: 22).
Pada akhirnya hati akan memahami bahwa apa saja yang terjadi di muka
bumi ini semua atas idzin dan kehendak-Nya. Jadi, untuk apa disesali
jika itu keburukan. Dan, untuk apa dibangga-banggakan meski itu
kebaikan. Pada hakikatnya semua dari Allah.
Walhasil, hati akan tenang dan tentram.
لِّكَيۡلَا تَأۡسَوۡاْ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمۡ وَلَا تَفۡرَحُواْ بِمَآ
ءَاتَىٰكُمۡۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٖ فَخُورٍ ٢٣ “(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka
cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu
gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak
menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS. Al-Hadiid [57]: 23).
Oleh karena itu, perbanyaklah membaca Al-Qur’an, sehingga cerdas akal
kita dan damai hati kita. Karena hanya dengan membaca Al-Qur’an seorang
Muslim akan mencapa ketenangan dan kebahagiaan hakiki.
Setelah itu, shalat
Shalat dari dimensi waktu melatih diri hidup disiplin, teratur dan tentu saja sehat.
Shalat Subuh misalnya, ibadah ini melatih diri setiap Muslim terbebas
dari keterlambatan dalam segala urusan, mulai dari pekerjaan, tugas,
hingga jadwal pertemuan. Dengan catatan usai shalat Subuh tidak tidur
lagi. Dengan demikian shalat Subuh membantu memperlancar urusan dan
tentu juga rezeki untuk kesehatan jiwa raga.
Dan, ini berkelindan dengan perintah Nabi. “Bersegeralah dalam
mencari rezeki dan kebutuhan (hajat) karena dalam kesegeraan (pergi
pagi) itu terdapat keberkahan dan kesuksesan.” (HR. Thabrani).
Dari sisi kesehatan fisik, udara sebelum Subuh jelas steril. Jika
Subuh dilaksanakan berjama’ah ke masjid, setiap langkah kaki akan
memberikan dampak positif bagi peredaran darah dan jantung.
Dengan demikian hanya Subuh saja banyak manfaat didapat. Seperti kata pepatah, sekali dayung, dua tiga pulau terlampau.
Karena itu, bersungguh-sungguhlah menjalankan syariat agama ini,
karena dalam pelaksanaannya tidak saja mendatangkan pahala di akhriat
tetapi manfaat langsung di dunia. Selain itu, syariat akan mengantarkan
jiwa kita lebih bijaksana, sehingga tidak mudah pesimis, putus asa dan
patah arang.
Semoga Allah memudahkan kita menjalankan syariat-Nya dalam keseharian
sepanjang hayat, hingga bisa mencapai hidup bahagia dunia-akhirat. Aamiin.*
Setiap Kesulitan, Ada Kemudahan: Kita Bertanya, Al-Qur'an Menjawabnya
Pertanyaan yang selalu saja ada dibenak fikiran kita kadang membuat kita sering tidak sabar menghadapi hidup ini, diantara pertanyaan-pertanyaan yang selalu muncul dalam kehidupan ini adalah; KENAPA AKU DIUJI?, KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?, KENAPA UJIAN SEBERAT INI?, KENAPA SELEMAH INI?, BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?, APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?, KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?, AKU TAK DAPAT BERTAHAN!!! Dsb..
Lalu apa solusinya? Banyak orang yang menghabiskan wangnya hanya untuk membeli sebuah kebahagiaan, sebuah kebahagian sejatinya tidak akan bisa dibeli kecuali dicari oleh yang menginginkan kebahagiaan. Adapula yang ingin lari dari ujian hidup dengan cara mengakhirinya, seperti yang kita lihat, banyak manusia-manusia yang bunuh diri dengan sia-sia, karena frustasi akibat cinta, kemiskinan, tamak dan gila, nauuzhubillah…dan persoalan-persoalan ini tidak cukup untuk diuraikan oleh lembaran-lembaran kertas dan ukiran pena, Masya Allah…
Solusinya adalah…
Kembali kepada Al Qur’an, disana ada jawaban dan solusi terbaik dari Sang Pencipta kita, Allah Jalla wa’alaa, Dialah sebaik-baik tempat meminta dan kembali…Subhanallah…
Mari kita mulai untuk mencari jawaban dari persoalan-persoalan kehidupan ini…
Bismillah…..
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
AL-QUR’AN MENJAWAB:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -(QS Al-Ankabut ayat 2-3)
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
AL-QUR’AN MENJAWAB:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – (QS Al-Baqarah ayat 216)
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
AL-QUR’AN MENJAWAB:
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”- (QS Al-Baqarah ayat 286)
KITA BERTANYA : KENAPA SELEMAH INI?
AL-QUR’AN MENJAWAB:
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” – (QS Al-Imran ayat 139)
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
AL-QUR’AN MENJAWAB:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” – (QS. Al-Imran ayat 200)
KITA BERTANYA LAGI : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
AL-QUR’AN MENJAWAB:
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” – (QS Al-Baqarah ayat 45)
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
AL-QUR’AN MENJAWAB:
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? – (QS At-Taubah ayat 111)
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
AL-QUR’AN MENJAWAB:
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” – (QS At-Taubah ayat 129)
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT BERTAHAN!!!
AL-QUR’AN MENJAWAB:
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” – (QS Yusuf ayat 12)
Kita selalu Bertanya………………..dan Al-Quran sudah menjawabnya……………..
Untukmu Jodohku Yang Belum Pernah Kutahu, AKu Yakin Kamu Adalah Pilihan Terbaik Sebagai Pelengkap Hidupku Kelak
Sebagai seorang perempuan yang berusaha
memperbaiki diri dan menemukan pelengkap hati yang kosong ini. Ku ingin
engkau segera datang, janganlah engkau terus bersembunyi dariku. Ku
yakin mungkin saat ini engkau ada di samping ku namun aku tidak pernah
mengetahuinya. Ku yakin engkau sama seperti ku yang senantiasa menunggu
hingga takdir mempersatukan kita dengan selalu memanjatkan doa pada
Allah. Ku yakin engkau adalah pelengkap diri ku yang serba kekurangan
ini, ku yakin engkau menjadi pelengkap yang mampu menyempurnakan hati
ini.
Di manapun engkau berada aku selalu ada di sini dan selalu di sini hanya untukmu, hanya untuk menunggumu.
Entah sampai kapan kau akan datang aku akan terus menantimu. Ketika
malam datang ku menatap ke langit mungkinkah engkau juga melakukan hal
yang sama?, mungkinkah kau seperti bintang yang selalu ku lihat dan ku
kagumi sinarnya?, atau mungkin engkau masih jauh di sana layaknya jutaan
bintang yang bertaburan menjadi satu di angkasa yang tak kan mudah ku
temukan. Namun percayalah meskipun berjuta-juta kilometer jarak diantara
kita namun kita akan tetap menjadi satu saat tiba takdir mempertemukan
kita.
Engkau mungkin tak pernah kutahu dan ku kenal, namun keberadaanmu selalu ku tunggu dan ku harapkan
Meskipun Tak Kutahu, Aku yakin Allah akan memberikan Aku imam terbaik kelak
Tidak pernah aku tahu engkau adalah pria seperti apa dan bagaimana
diri mu namun yang ku tahu tidak akan ada yang sia-sia bila kita telah
dipertemukan. Ku yakin engkau akan lebih baik dari ku, diri ku yang
memiliki banyak kekurangan, ku yakin kau adalah pelengkap jiwa ku
bagaikan cahaya yang selalu menyinari hati yang gelap, bagaikan hujan
yang selalu membawa kesejukan, dan bagaikan bunga indah yang membawa
kedamaian. Di manapun engkau sekarang dan bagaimana dirimu aku akan
selalu menerimamu dan menunggumu. Ku yakin kau akan datang dan merubah
segalanya menjadi lebih baik.
Dirimu lah yang selalu ada dalam hati dan doa yang selalu kupanjatkan
Namamu selalu terucap di setiap Doa-doaku
Di manapun tempat mu aku tidak akan pernah lelah mengharapkan
kedatangan mu, bagaikan mentari yang tidak pernah lelah untuk menyinari
setiap harinya. Dengan senyuman ini aku akan selalu ikhlas menunggu mu
seberapa jauh diri mu dengan ku. Ku akan menjaga hati ini hanya untuk mu
jodoh ku. Mungkin kita tidak pernah tahu jalan hidup kita namun biarkan
perasaan ini mengalir bagaikan percikan air yang terus mengalir dan
pada akhirnya takdir mempertemukan perasaan indah kita. Mata memang
belum mampu melihat mu namun hati dan jiwa ini akan merasakan bahwa diri
mu akan datang dan disamping ku.
Diriku memang jauh dari kata sempurna namun Aku akan berusaha memberikan cinta yang sempurna untuk hatimu
Aku memang tak sempurna, namun aku akan berusaha memberikan yang terbaik kelak
Maafkan aku yang mungkin masih sangat jauh dari kata sempurna, namun
izinkan diriku berusaha memberikan cinta yang sempurna untuk mu. Izinkan
perempuan yang sederhana dan sangat biasa ini memberikan cintanya
untukmu. Mungkin aku belum pantas untuk dirimu namun aku akan terus
berusaha memantaskan diri dan memberikan cinta yang sempurna untuk mu
jodoh ku. Ku akan menjaga hati ini hingga kau hadir dan mengambilnya.
Aku yakin kau adalah seorang pangeran yang dikirim Tuhan untuk menjadi pendamping yang terbaik dalam hidupku
Kau dalah calon imamku yang akan melengkapi kekurangank
Ku yakin kamulah yang kelak menjadi seorang imam, pendamping hidupku
yang terbaik. Ku yakin dengan mu lah ku mampu lebih mendekatkan diri
pada Alloh. Ku yakin bersama mu lah ku jalani kehidupan kelak yang lebih
baik lagi. Engkau sebagai pengarah ku, sebagai pemimpin ku dalam
membina keluarga dan menjadi pembimbing ku dalam kehidupan yang ku
jalani. Bersama mu kita akan membangun keluarga kecil yang bahagia. Ku
menantikan saat itu, mungkin saja kau masih sangat jauh namun jangan
khawatir aku masih di sini dan tetap di sini untuk menanti mu.
Aku yakin takdir akan segera mempertemukan kita aku akan tetap bersabar untuk menantikan kebahagiaan itu
Jika Allah mempertemukan Kita, Aku akan mengabdikan diri untuk membahagiakanmu via https://vherachekhov.wordpress.com
Tidak pernah ku lelah menantikanmu karena kutahu kau adalah
kebahagiaan ku, engkau adalah pembimbingku menuju jalan yang lebih baik
kelak. Aku akan selalu mengikuti tiap langkah mu, ku akan mengabdikan
diri untuk membahagiakan mu dan bersama mu lah ku ingin menjalani kisah cinta yang sempurna
kelak. Engkau akan selalu ada untuk ku dan aku akan selalu ada untuk
mu, bersama kita menjalani hari hingga maut akan memisahkan kita.
Bersama kita membangun keluarga dan bersama kita saling mengingatkan
untuk selalu ke jalan Alloh, dan bersamamu ku akan menemukan kebahagiaan
yang sangat tidak terkira.